ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 248. Pemansuhan

(1) Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 [Enakmen Bil. 2 Tahun 1996] dimansuhkan.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.