ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 151. Kos.

(1) Tertakluk kepada subseksyen berikut, dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab 3, Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai kuasa untuk memberikan apa-apa kos yang difikirkan patut supaya dibayar oleh pengadu kepada tertuduh atau oleh tertuduh kepada pengadu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa kos boleh diaward dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap sesuatu perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa ia memberi keputusannya.

(3) Kos tidaklah boleh diaward dalam mana-mana kes juapun sama ada terhadap atau bagi pihak Pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.