ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 188. Bila seseorang boleh dilepaskan atas jaminan.

Apabila seseorang, telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah dan ia bersedia pada masa ia ditahan itu atau pada mana-mana peringkat prosiding memberi jaminan, orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjaga balai polis atau oleh mana-mana Pegawai Polis yang tidak kurang dari pangkat Inspektor atau oleh Mahkamah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.