ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAB X - PERUNTUKAN AM



Seksyen 129. Rujukan kepada Hukum Syara'.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syara' adalah tidak sah setakat mana ianya berlawanan.

(2) Jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dalam ini atau mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini adalah tidak jelas, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.