ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA



Seksyen 33. Perlantikan Mufti.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis melantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti Kerajaan dan Timbalan Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah.

(2) Apabila mula berkuatkuasanya Enakmen ini, mana-mana orang, yang menjadi Mufti bagi Negeri Sabah sebelum sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 [En.15/77] hendaklah dianggap sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah dan hendaklah memegang jawatan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.