ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 178. Rayuan

(1) Semua hukuman yang dijatuhkan di bawah Bab ini boleh dirayukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dalam hal hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam hal hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Bab 1 hendaklah, setakat yang boleh terpakai, terpakai bagi rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Rayuan boleh mengubah atau mengakaskan dapatan atau
mengurangkan, mengubah atau mengakaskan hukuman yang dirayukan itu.

(3) Bab 2 hendaklah juga terpakai bagi semua prosiding oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.