ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 208. Penyiasatan oleh Pesuruhjaya.

(1) Bagi maksud menjalankan kuasa dan haknya di bawah Enakmen ini, Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya bolehlah menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapannya atau Pegawai itu dan boleh menjalankan apa-apa penyiasatan yang difikirkan perlu ke atas orang itu berkaitan dengan perjalanan Enakmen ini.

(2) Mana-mana orang yang, tanpa sebab-sebab yang munasabah, mengingkari kehendak subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.