ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 85. Penyerahan di alamat untuk serahan.

(1) Mana-mana suratan yang diserahkan di alamat untuk serahan bagi mana-mana orang hendaklah dianggap sebagai telah diserah ke atas orang itu.

(2) Dalam hal di mana sesuatu alamat untuk serahan itu tidak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di mana bangunan Mahkamah itu terletak, mana-mana suratan boleh diserahkan dengan cara mengirimnya dengan pos berdaftar ke alamat untuk serahan dan suratan itu hendaklah dianggap sebagai telah diserah apabila ia seharusnya telah diserahkan mengikut keadaan biasa perjalanan pos.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.