ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 20. Tempat perkahwinan

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syar'ie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Sabah atau mana-mana Negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika-





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.