ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 18. Tempoh penerimaan dan penolakan wasiat.

(1) Penerimaan dan penolakan sesuatu wasiat bolehlah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas seseorang benefisiari mengetahui tentang kematian pewasiat dan wujudnya wasiat tersebut:

Dengan syarat benefisiari tersebut tidak mempunyai apa-apa keuzuran yang munasabah yang menyebabkan kelewatan penerimaan dan penolakannya terhadap wasiat itu.

(2) Seseorang waris pewasiat boleh membuat permohonan di Mahkamah untuk mendapat satu perintah mengarahkan seseorang benefisiari menyatakan penerimaan atau penolakannya terhadap sesuatu wasiat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.