ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 45. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Dalam mengurus mana-mana apil, Mahkamah Tinggi Syar'iah, jika ia memikirkan bahawa keterangan lanjut adalah perlu, boleh sama ada mendapatkan keterangan itu dengan sendirinya atau mengarahkan ianya diambil oleh Mahkamah yang keputusannya diapil.

(2) Apabila keterangan lanjut diambil oleh Mahkamah yang keputusannya diapil, ia hendaklah memperakui keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah yang secepat mungkin kemudiannya, hendaklah meneruskan dengan penyelesaian apil itu.

(3) Kecuali diarah sebaIiknya oleh Mahkamah Tinggi Syar'iah, yang dituduh atau peguamnya hendaklah hadir apabila keterangan lanjut diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.