ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 122. Peruntukan tentang hukuman denda

(1) Jika apa-apa denda dikenakan maka, sekiranya tiada apaapa peruntukan yang memperuntukkan pengenaannya, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
      Jika tempoh maksimum pemenjaraan-
Tempohnya tidak boleh melebihi-
      tidak melebihi enam bulan
tempoh maksimum pemenjaraan
      melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi dua tahun
enam bulan
      melebihi dua tahun
satu perempat daripada tempoh maksimum pemenjaraan;

      (ii) jika kesalahan itu tidak boleh dihukum dengan pemenjaraan—
      Jika denda itu—
Tempoh tidak boleh melebihi—
      tidak melebihi dua ratus ringgit
satu bulan
      melebihi dua ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ringgit
dua bulan
      melebihi lima ratus ringgit
enam bulan;
(2) Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri Pahang, ia hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.