ENAKMEN 1 TAHUN 1980
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1980


Seksyen 3. Kriterium bagi memutuskan samada seseorang itu orang Islam.

Jika dalam pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah enakmen ini timbul apa-apa soal tentang samada seseorang itu orang Islam atau beragama Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.