ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 143. Deposit perbelanjaan.

(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah perlaksanaan sehingga pemiutang penghakiman mendepositkan sejumlah wang yang mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan perlaksanaan termasuk perbelanjaan menyimpan apa-apa harta selama tempoh tidak lebih daripada 14 hari. Jika bailif terpaksa menyimpan harta itu lebih dari 14 hari, dia boleh mengarahkan supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar, dia boleh melepaskan harta itu.

(2) Bailif hendaklah menyimpan akaun semua wang yang didepositkan sedemikian dan boleh membayar apa-apa jumlah yang mesti dibayar kepada pemiutang penghakiman atau kepada Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.