ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Fasal 105. Soalan yang bertujuan menghina atau menggusarkan.

Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang ternyata padanya bertujuan menghina atau menggusarkan, atau apa-apa soalan yang, walau pun dengan sendirinya adalah wajar, ternyata pada Mahkamah berbentuk menyinggung dengan tak wajar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.