ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 95. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Hakim Syariah tidak lagi perlu menjalankan pemeriksaan ke atas saksi yang telahpun nyata keadilannya dalam sesuatu perbicaraan yang telah dijalankan apabila saksi itu menjadi saksi dalam perbicaraan yang lain di hadapan Hakim Syariah tersebut sekiranya jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu tidak melebihi enam bulan; jika jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu melebihi enam bulan, Hakim Syariah hendaklah membuat pemeriksaan semula.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.