ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 102. Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan munasabah.

Tiadalah apa-apa soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 boleh ditanya melainkan jika orang yang bertanya itu mempunyai alasan-alasan munasabah untuk memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu adalah cukup berasas.

MISALAN

(a)
Seorang Peguam Syar'i diberitahu oleh seorang Peguam Syar'i lain atau sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang saksi penting adalah seorang penjudi profesional. Ini adalah suatu alasan yang munasabah untuk menanya saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

(b)
Seorang Peguam Syar'i diberitahu oleh seorang di dalam Mahkamah bahawa seorang saksi penting adalah seorang penjudi profesional. Apabila disoal oleh Peguam Syar'i itu, orang yang memberitahu itu memberikan sebab-sebab yang memuaskan bagi pernyataan itu. Ini adalah suatu alasan yang munasabah untuk menanya saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

(c)
Seseorang saksi yang tiada apa-apa pun diketahui mengenainya ditanya secara rambang sama ada dia seorang penjudi profesional. Di sini tiada apa-apa alasan yang munasabah bagi soalan itu.

(d)
Seseorang saksi yang tiada apa-apa pun diketahui mengenainya, memberi jawapan-jawapan yang tidak memuaskan apabila ditanya tentang cara hidup dan mata pencariannya. Ini boleh menjadi suatu alasan yang munasabah untuk menanya sama ada dia seorang penjudi profesional.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.