ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 5. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan dibawah mana-mana jua undang-undang di mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.

(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah dibawah undang-undang yang dibawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.


(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui dibawah undang-undang yang dibawahnya ianya telah diakadnikahkan hendaklah berterusan sehingga dibubarkan -






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.