ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - BEBAN MEMBUKTI
Seksyen 82. Beban membuktikan fakta yang khas diketahui.
Jika apa-apa fakta adalah diketahui oleh mana-mana orang, beban membuktikan fakta itu terletak atasnya.
MISALAN
Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan niat yang lain daripada apa yang boleh difaham daripada sifat dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah terletak atasnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.