ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
WARAN TANGKAP



Seksyen 32. Mahkamah boleh arahkan endorsan di atas waran jaminan yang akan diambil.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap sesiapa sahaja bolehlah dengan budibicaranya, mengarahkan dengan endorsan atau nota-kaki di atas waran itu bahawa jika orang tersebut melaksanakan satu bon dengan penjamin-penjamin yang mencukupi untuk kehadirannya di hadapan Mahkamah pada masa yang ditetapkan dan sehingga diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan tersebut dan hendaklah membebaskan orang tersebut dari tahanan.

(2) Endorsan atau nota-kaki itu hendaklah menyebutkan-

(3) Apabila jaminan diambil di bawah seksyen ini pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.