ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 121. Kuasa membuat kaedah dan peraturan.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melalui pemberitahu dalam Warta membuat kaedah dan peraturan untuk mengawal amalan dan aturcara dalam semua pembicaran hal-ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermenafa'at dan untuk menetap dan mengawal bayaran dan kos yang kena dibayar atas semua pembicaraaan itu.

(2) Tertakluk kepada seksyen-kecil (1) semua pembicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan aturcara Mahkamah yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan dengan aturcara-aturcara mal dan jenayah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.