ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XIII - PERKARA AM



Seksyen 246. Perlindungan pegawai-pegawai kehakiman.


(1) Mana-mana Hakim Mahkamah Ulangbicara Kadi Besar, Kadi atau orang lain yang bertindak secara kehakiman tidak akan didakwa dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Awam berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dibuatnya atau yang diperintah olehnya untuk dibuat dalam menjalankan tugas-tugas kehakimannya, sama ada atau tidak tindakan itu termasuk dalam lingkungan bidangkuasanya begitu juga tidak sebarang perintah untuk kos pun akan dibuat terhadapnya dengan syarat bahawa ia pada masa itu dengan suci hati percaya yang ia ada kuasa membuat tindakan itu atau memerintahkan tindakan itu dibuat.

(2) Tidak seorang pegawai pun bagi mana-mana Mahkamah atau orang lain yang terpaksa menjalankan waran-waran yang sah atau perintah-perintah dari mana Hakim Mahkamah Ulangbicara, Kadi Besar, Kadi atau orang lain yang bertindak secara kehakiman akan didakwa dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Awam kerana menjalankan waran-waran atau perintah-perintah itu.

(3) Tidak seorang pegawai pun bagi mana-mana Mahkamah yang ditugaskan untuk menjalankan apa-apa hukuman, perintah atau waran tahan-harta apa untuk menahan mana-mana harta sebelum mendapat hukuman akan didakwa dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Awam berkenaan dengan mana-mana harta yang dirampasnya, kecuali ada terbukti bahawa dengan ketahuinya ia telah bertindak dengan melampaui kuasa yang diberi kepadanya oleh surat kuasa, waran, atau perintah tersebut, dan ia tidak akan dianggap sudah bertindak dengan ketahuinya serta dengan melampaui kuasanya cuma jika dengan sebab ia mengetahui akan adanya pertikaiannya di atas soal kepunyaan bagi harta yang dirampas itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.