ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 81. Kuasa Mahkamah untuk membuat suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah boleh, atas permohonan oleh orang yang bagi faedahnya perintah nafkah itu dibuat atau penjaga orang tersebut, membuat suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga, jika Mahkamah itu fikirkan patut berbuat sedemikian.

(2) Suatu permohonan bagi perintah tahanan pendapatan-tenaga boleh dibuat dalam prosiding untuk mendapatkan suatu perintah nafkah atau dalam mana-mana prosiding kemudiannya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.