ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - DARIHAL SALAH ATURAN DALAM PEMBICARAAN
Seksyen 193. Salah aturan tidak merosakkan pembicaraan.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Bab ini, tiada keputusan, hukuman atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh Mahkamah yang layak berbidangkuasa akan dibatalkan atau dipinda atas alasan-
(a) apa-apa ketinggalan, ketiadaan atau kesilapan di dalam aduan, saman, waran, pertuduhan, keputusan, atau tindakan lain sebelum atau semasa pembicaraan, di bawah Enakmen ini; atau
(b) tanpa kebenaran yang diperlukan oleh undang-undang; atau
(c) dari ketinggalan penerimaan atau penolakan keterangan,
kecuali jika mana-mana kesilapan, ketinggalan, kesalahan penerimaan atau penolakan keterangan, ketiadaan kebenaran atau salah arahan telah menimbulkan ketidakadilan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.