ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 71. Hak tempat tinggal.

(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana ia biasa tinggal semasa ia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam sub-seksyen (1) akan terhenti jika tempoh iddah telah tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.