ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 37. Seksaan bagi subahat jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebabnya, dan jika tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi seksaannya.


Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan hendaklah jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada peruntukan yang nyata dibuat oleh Enakmen ini berkenaan dengan seksaan bagi subahat itu, diseksa dengan seksaan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Huraian - Sesuatu perbuatan atau kesalahan adalah dikatakan dilakukan oleh sebab subahat apabila ia dilakukan oleh sebab hasutan, atau pada menurut pakatjahat, atau dengan bantuan yang menjadikan subahat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.