ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 101. Memberi keterangan palsu.

Seseorang yang memberi keterangan bohong atau memalsukan suatu kenyataan sama ada secara lisan atau tulisan yang berhubung dengan Enakmen Mahkamah Syariah 1992 [En. No. 14/1992.], Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 [En. No. 13/1992.], dan mana-mana undang-undang bertulis lain berhubung dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.