ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 34. Menyubahati sesuatu perkara.

Seseorang adalah bersubahat melakukan sesuatu perkara jika ia-
Huraian 1-Seseorang yang, dengan salah nyata yang sengaja mendapatkan atau sengaja menyembunyikan sesuatu fakta yang material, yang ia terikat untuk menyatakan, dengan sukarela menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

MISALAN

A
., seorang pegawai awam, adalah diberi kuasa dengan suatu waran dari mahkamah untuk menangkap Z. B., yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C. bukannya Z., dengan bersengaja menyatakan kepada A. bahawa C. ialah Z., dan dengan jalan demikian itu adalah dengan sengaja menyebabkan A. menangkap C. Di sini B. adalah menyubahati penangkapan C. dengan jalan hasutan.

Huraian 2
-Sesiapa yang melakukan apa-apa perkara sebelum atau pada waktu sesuatu perbuatan dilakukan, untuk menyenangkan perbuatan itu dilakukan dan dengan jalan demikian menyenangkan perbuatan itu dilakukan, adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.