ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 149. Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut:

(2) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara ex-parte dalam Borang MS 32 dan disokong dengan afidavit, dan perintah itu tidak boleh diberikan melainkan telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak.

(3) Suatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi penguatkuasaan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar menurut penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.