ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM



Seksyen 64. Tanggungjawab pensubahat bila perbuatan yang lain dilakukan.

Apabila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan lain dilakukan, pensubahat itu turut bertanggungjawab kerana perbuatan yang dilakukan itu, sama seperti, dan setakat yang seolah–olah dia telah menyubahatinya secara terus:

Dengan syarat perbuatan yang dilakukan itu adalah kejadian yang semunasabahnya terbit daripada pensubahatan itu, dan telah dilakukan di bawah pengaruh hasutan, atau dengan bantuan atau pada menurut pakatjahat yang menjadikan pensubahatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.