ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN AM



Seksyen 50. Perisytiharan.

(1) Sebelum memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi mendaftarkan apa-apa mawquf Majlis hendaklah membuat perisytiharan mengenainya melalui—
(2) Pemberitahuan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah—

(3) Jika pemberitahuan dalam perenggan (1)(c) diserahkan melalui pos berdaftar akuan terima, pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah diserahkan pada hari yang mengikut hari pemberitahuan itu sepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos jika pemberitahuan itu dialamatkan—

(4) Jika mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang kepadanya telah dialamatkan suatu pos akuan terima dahulu yang mengandungi pemberitahuan di bawah perenggan (1)(c) diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu enggan atau abai untuk mengambil pemberitahuan itu, pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah diserahkan kepada orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu pada tarikh orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu diberitahu.

(5) Mana-mana orang yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap permohonan yang disebut dalam perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bolehlah mengemukakan bantahan mereka kepada Majlis dalam masa yang ditetapkan dalam perisytiharan itu.

(6) Majlis hendaklah mempertimbangkan apa-apa bantahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (5) sebelum Majlis membuat apa-apa permohonan kepada Mahkamah.

(7) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 [En. No. 14/2003] hendaklah terpakai bagi apa-apa permohonan yang dibuat kepada Mahkamah bagi maksud-maksud seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.