ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Penghakiman Mahkamah bila Relevan



Seksyen 29. Kerelevanan sesuatu penghakiman dalam bidang kuasa probet dan hal ehwal perkahwinan.

(1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri yang muktamad daripada Mahkamah pada menjalankan bidang kuasanya berkenaan dengan probet atau hal ehwal perkahwinan, yang memberi kepada atau melucutkan daripada seseorang sesuatu taraf di sisi undang-undang atau yang menetapkan seseorang berhak kepada taraf itu, atau berhak kepada sesuatu benda khusus, adalah relevan apabila adanya taraf itu di sisi undang-undang atau adanya hak seseorang kepada sesuatu benda itu adalah relevan.

(2) Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian adalah bukti muktamad-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.