ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 9. Bidangkuasa Mahkamah Kadi.

Mahkamah Kadi hendaklah-

(1) Di dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang Islam Negeri yang mana hukuman maksima yang diperuntukkan oleh Undang-undang tersebut ialah denda tidak lebih tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya atau membuat apa-apa perintah sepertimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Di dalam bidangkuasa sivilnya, mendengar dan memutuskan segala perbicaraan, tindakan atau perkara mengikut kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Kadi Besar untuk mendengar dan menentukan dalam mana amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.