ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 45. Tarikh kehadiran bagi saman.

(1) Suatu saman bagi memulakan tindakan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada 7 hari genap sebelum tarikh kehadiran melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain, notis berkenaan dengan semua prosiding lain hendaklah disampaikan tidak kurang daripada 2 hari genap sebelum tarikh kehadiran di Mahkamah, melainkan Mahkamah memerintahkan selainnya.

(3) Tarikh kehadiran di Mahkamah boleh dipinda oleh Pendaftar, jika perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.