ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Fasal 115. Pengemukaan dokumen dan terjemahannya.

(1) Seseorang saksi yang disaman untuk mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam miliknya atau di bawah kuasanya, membawa dokumen itu ke Mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Kesahan apa-apa bantahan sedemikian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika didapati patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu merujuk kepada hal ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

(3) Jika bagi maksud adalah perlu untuk menyebabkan apa-apa dokumen diterjemahkan, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemah supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan sebagai keterangan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.