ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 93. Perlantikan Pegawai Masjid

(1) Bagi setiap masjid dalam Negeri Pahang maka bolehlah dilantik seorang Imam, Khatib, Bilal dan Siak.

(2) Imam, Khatib, Bilal dan Siak hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

(3) Imam, Khatib dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis dari kalangan orang-orang yang difikirkan layak oleh Majlis.

(4) Apabila berkuatkuasa seksyen ini tiap-tiap orang yang menjadi Imam, Khatib, Bilal dan Siak sebelum sahaja berkuatkuasa seksyen ini yang dilantik di bawah Enakmen 1982, hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Imam, Khatib, Bilal dan Siak masjid itu hendaklah, tertakluk kepada seksyen 96, terus memegang jawatan itu.

(5) Majlis hendaklah menyimpan satu daftar Pegawai Masjid bagi tiap-tiap satu masjid dalam Negeri Pahang dan adalah menjadi kewajipan Imam untuk memberitahu Majlis dengan segera akan apa-apa kekosongan atau perubahan butir-butir mengenai masjidnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.