ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 56. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.

Mahkamah boleh, pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan suatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada bercagar atau tidak, atas permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena bayar nafkah atau atas permohonan wakil diri di sisi undang-undang orang yang kena bayar nafkah itu jika Mahkamah berpuashati bahawa perintah itu telah diasaskan atas suatu salahnyataan, atau kesilapan fakta atau jika suatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.