ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXII - FEE MAHKAMAH, KOS DAN ELAUN



Seksyen 211. Fee Mahkamah.

(1) Hendaklah diterima dan dibayar mengenai semua kausa, perkara dan prosiding di dalam Mahkamah, fee-fee sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 236:

Dengan syarat bahawa dalam prosiding oleh atau terhadap Majlis atau Kerajaan, Majlis atau Kerajaan adalah dikecualikan daripada pembayaran apa-apa fee Mahkamah.

(2) Fee Mahkamah hendaklah dibayar dengan wang tunai atau wang pos kecuali ditentukan selainnya oleh Ketua Hakim Syarie.

(3) Tiada fee boleh dikenakan mengenai apa-apa prosiding yang diambil oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.