ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Jenayah



Seksyen 70. Prosedur bila serahan sendiri tidak dapat dijalankan.

Jika orang yang disaman itu tidak dapat ditemui setelah segala ikhtiar dijalankan atau, walaupun ditemui, mengelak penyerah saman, dan penyerahan tidak dapat dibuat mengikut kehendak seksyen 69 (3), penyerah saman hendaklah melekatkan satu salinan saman itu di satu tempat yang senang dilihat di rumah atau lain-lain tempat di mana orang yang disaman itu lazimnya tinggal, dan dalam hal yang demikian saman itu, jika Mahkamah mengarahkannya sama ada sebelum atau selepas dilekatkan itu, hendaklah dianggap sebagai telah diserah dengan sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.