ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 56. Prosedur jika kesalahan disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seorang Pegawai Penguatkuasa Agama ada sebab mengesyaki berlakunya sesuatu kesalahan, dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantarnya satu laporan mengenainya kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah menyiasat, dan jika hal keadaan kes memerlukan, pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menyiasat atau pergi ke tempat di mana kesalahan yang dikatakan itu berlaku untuk menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu untuk mengambil langkah-langkah sebagaimana perlu bagi mendapatkan pesalah itu.

(2) Jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang memberi maklumat itu mendapati bahawa tiada alasan yang cukup untuk bertindak selanjutnya atas perkara itu, dia tidak perlu berbuat demikian.

(3) Dalam tiap-tiap kes yang tersebut dalam subseksyen (2), Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya alasan yang dia tidak perlu bertindak selanjutnya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.