ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang pengkomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula diterima oleh salah seorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan adanya komplot itu dan bagi maksud menunjukkan seseorang telah menjadi satu pihak kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.