ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VII - BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH MENGENAI PERBICARAAN



Seksyen 66. Yang dituduh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau akibatnya terjadi.

Jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan atas sebab perkara yang telah dilakukan atau akibat yang berikutan dengannya telah terjadi, kesalahan itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana perkara itu telah dilakukan atau di mana apa-apa akibat berikutan dengannya itu telah terjadi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.