ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 147. Sumbang.


(1) Mana-mana orang yang bersetubuh dengan seorang yang diketahuinya ditegah atau ada sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa ia ditegah berkahwin dengan orang itu oleh Hukum Syara' kerana keturunan, sesusuan atau perkahwinan adalah melakukan satu kesalahan sumbang.

(2) Mana-mana lelaki Islam melakukan kesalahan sumbang apabila sabit kesalahannya bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana perempuan Islam yang menjadi pasangan dalam kesalahan sumbang bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.