ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Hukum Syarak.

(1) Apa-apa perkara yang berhubungan dengan wakaf yang tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pewujudan wakaf, wakaf tidak sah, wakaf kepada waris yang tidak sah, hak waqif untuk meletakkan syarat wakaf dan hak waqif yang lain, wakaf oleh seorang yang dalam keadaan marad al-maut, wakaf taklik, wakaf irsod, wakaf muabbad, wakaf musyak, wakaf musytarak, dan syarat sah mawquf, hendaklah menurut Hukum Syarak.

(2) Majlis hendaklah mendapatkan pendapat Jawatankuasa Fatwa dalam hal persoalan wakaf yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang berhubungan dengan Hukum Syarak.

(3) Mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini yang bercanggah dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat yang bercanggah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.