ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 91. Bila seorang yang dituduh dengan satu kesalahan boleh disabitkan dengan yang lain.

Jika dalam perkara seperti yang disebutkan dalam seksyen 90, orang yang dituduh telah dipertuduhkan dengan satu kesalahan dan didapati daripada keterangan bahawa dia telah melakukan kesalahan lain daripada yang dia dituduh itu, ia boleh disabitkan atas kesalahan yang mana telah dibuktikan telah dilakukannya, sungguhpun dia tidak dituduh atas kesalahan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.