ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.
Seksyen 4. Penubuhan dan memperbadankan Majlis Agama Islam Selangor.
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang hendaklah menjadi suatu perbadanan bernama "Majlis Agama Islam Selangor" dan yang kekal turun-temurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya yang tersebut itu, dan tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta takalih dan boleh memindahhak, menyerahhak, menyerahbalik,
mengulang, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhak semula, memindah milik atau dengan secara lain melepaskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan harta takalih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.
(2)
(a)
Apabila sahaja mula berkuatkuasa Bahagian ini "Majlis Agama Islam Selangor" yang wujud dengan kuasa seksyen 5 Enakmen 1952 [
En. 3/52
]
hendaklah disifatkan sebagai badan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1);
(b)
Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum mula berkuatkuasa Bahagian ini adalah terletakhak atau dipertanggungkan kepada "Majlis Agama Islam Selangor" hendaklah pada mula berkuatkuasa Enakmen ini terletakhak dan dipertanggungkan kepada Majlis, terkecuali mana-mana yang tidak bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan.
(c)
Segala harta, alih atau takalih, daripada segala jenis, yang sebelum mula berkuatkuasa Enakmen ini adalah terletakhak kepada "Majlis Agama Islam Selangor" hendaklah pada mula berkuatkuasa Bahagian ini dengan tiada perlunya dipindahak, diserahak atau dipindahmilik hendaklah terletakhak kepada Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.