ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 140. Memasukkan rayuan-rayuan ke dalam senarai.

(1) Selepas menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 137 Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Seberapa segera selepas tarikh pembicaraan ditetapkan pendaftar hendaklah memberi kepada pihak-pihak terlibat notis mengenai tarikh pembicaraan rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah atas daya usahanya sendiri atau atas permohonan pihak kepada pihak-pihak yang terlibat, mempercepat atau menangguhkan pembicaraan rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.