ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 18. Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang disebabkan kepada orang yang memberi kerelaan, tidak termasuk dalam kecualian dalam seksyen 14, 15, 16.

Kecualian dalam seksyen 14, 15 dan 16 itu tidaklah termasuk perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kerosakan yang perbuatan itu mungkin menyebabkan, atau dimaksud bagi menyebabkan, atau diketahui mungkin menyebabkan, kepada orang yang memberi kerelaan itu, atau kepada orang yang bagi pihaknya kerelaan itu diberi.

MISALAN

Menyebabkan keguguran, kecuali disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu, adalah sendirinya suatu kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kecederaan yang keguguran itu mungkin menyebabkan kepada perempuan itu. Oleh sebab itu menyebabkan keguguran bukanlah suatu kesalahan "oleh sebab kecederaan itu", dan kerelaan perempuan itu atau pun penjaganya, bagi menyebabkan keguguran itu tidaklah boleh menjustifikasikan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.