ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah
Seksyen 6. Fakta yang menjadi sebahagian transaksi yang sama.
Fakta yang tidak menjadi persoalan tetapi mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan fakta persoalan hingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah
qarinah.
MISALAN
A dituduh memukul isterinya B.
Apa-apa yang diperkatakan atau dilakukan oleh A atau B atau orang yang berhampiran pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepas daripadanya adalah menjadi
qarinah
sebagai sebahagian transaksi yang sama.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.