ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 155. Mengeluarkan perintah pelaksanaan.
Tertakluk kepada seksyen
154,
pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS
35
dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada bailif bagi pelaksanaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.